Posts

Showing posts from 2010

~~Doa~~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
Ya Allah,
sebagai mana Engkau pernah menghantar burung² ababil
untok menghancurkan tentera bergajah musrikin.
maka kami memohon padamu Ya Allah,
turunknlah bantuan mu kali ini kepada orang² Islam di Palestin,
hancurkanlah rejim zionis sedahsyat dahsyatnya
..Amin Ya Robal Alamin

Ketaqwaan Sayidina Umar Ibnu Aziz

1. Sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah, beliau pulang ke rumahnya dengan wajah cemas dan menemui isterinya lantas berkata: " Aku kini seperti memikul gunung. Segala beban umat sudah tertanggung ke atas aku. Aku sudah tiada masa lagi untuk bersama denganmu. Sekiranya kamu tidak sanggup demikian, nyatakanlah agar aku melepaskanmu secara baik. Andainya engkau ingin terus bersamaku, maka engkau adalah sebahagian dari diriku yang turut memikul beban umat."
Menurut pengakuan isteri beliau, semenjak hari itu hingga wafatnya, tidak pernah tidur bersama dengannya.

2. Khadam (pembantu) kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz merasa hairan kerana di malam hari titisan air mata khalifah itu sering jatuh menimpanya yang tidur di pangkin bawah.

Apabila khadam itu bertanya kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz beliau menjawab, "Amanah Allah SWT yang dikurniakan kepada diriku seperti anggota tubuh, anak isteri dan sedikit harta benda. Aku cemas kalau-kalau aku tidak dapat menjawabn…